Nasi Goreng Udang Viral - Whisper of zlyn

Saturday, February 25, 2017

Nasi Goreng Udang Viral


Kali ini nak share port makan yang viral kat laman sosial. Siapa je yang tak tahu kalau cakap pasal NASI GORENG UDANG yang kat ipoh tu. Kitaorang pergi pon guna waze yela tak sure mana satu , kedai dia boleh dikira warong la bukannya restoran yang seperti korang bayangkan tapi dia punya udang memang tiptop banyak gila nak mati. (alamak terspoil pula). Kedai ini area ktm ipoh jugalah berhampiran dengan perpustaakan yang kat ipoh tu apatah nama dia .

 korang boleh try okey cari tapi dia buka dari petang sampai malam janganlah pula ada yang mengidam pada pagipagi buta mahupun tengahari pula , karang salahkan aku sebab kedai itu tutup ,tampar karang baru tau .

 Korang boleh scroll gambarnya kat bawah ni ada menu bersertakan harga sekali , boleh lah buat bajet awal korang haha. But seriously korang nak jumpa nasi pon susah sebab banyak sesangat udang dia sampai penat nak makan. Agak berbaloilah dengan harga dia , Nak try sotong but ikut hari semalam aku pergi tak ada pon sotongnya so makan la udang ni . Ada orang kata dulu harga baru Rm10.50 macam tu tapi semalam aku makan ambik kau capai Rm15.50 maybe disebabkan harga minyak dan barang naik for sure lah harga  makanan di kedai turut melonjak naik . Seperti tiada apa yang murah ketika ni .








For me nasi goreng dia biasa je but dia punya jumlah udang yang buat korang rasa wow tanpa henti , bagi siapa-siapa yang tak suka makan nasi goreng Udang ada je nasi lain janganlah gaduh kalau husbend ke wife or adik ke abang ke mak ke sesiapa yang ajak tu sebab banyak je menu lain, ada juga chicken chop fish and chip.. satey pon ada okey , yong tau fu pun ada juga ,
peminat air kelapa pun ada okey banyak stok dia , korang duduk je tengok tempat buat air dia masyaAllah banyaknya kelapa hahaha okey bye.

Korang should try ahh sekali sekala food hunting






No comments:

Follow by Email

@templatesyard