April 2018 - Whisper of zlyn

Friday, April 27, 2018

Degree life ft Avengers infinity war
Fuh dalam diam tak diam, separuh sem dah sekarang ni tinggal berapa bulan je nak habis sem 1 dah kat uitm segamat ni. Mula-mula memang sedihla bila tukar fakulti and kena start sem 1 balik 😅. Siapa kata degree ni makin relax dan tak stress sangat ye?

First week sampai third week memang bersenang lenang, dua minggu awal tak belajar langsung pun siap balik rumah goyang kaki lagi tau. Ambik week berapa ni dah start busy and pack habis. Last week and coming week ni masyaAllah dia punya pack dengan test, quiz, assignment and presentation. Semua nak kejar masa puasa and ada yang taknak time puasa. Memang carry forwad la kan jawabnya.

Class ganti pun dah start untuk masa cuti raya yang sepatutnya kitaorang cuti raya sehari sebelum raya je. Not enough rest and stress itu tak boleh nak cakap. Walaupun busy still nak juga tengok movie bagai macam takde kesedaran je 😆. BTW i dah tengok avengers infinity war semalam.

Not bad lah sebab im not fans and tak tengok pun all the movies.
Bila masuk wayang mula-mula memang agak blur la.
overall boleh lah bagi 7.5/10
Yang belum tengok korang boleh sebab baru je tayang dan amaran please jauhi dari duduk dekat dengan yang bawak anak. Sebab i kena belakang i bawa anak dia 3 orang siap pasang lagu cumi-cumi Nabila razali kau rasa!

for those yang dah tengok korang boleh tinggal comment pasal cerita ni. Apa feedback korang? Puas hati ke or rasa macam dia tak patut macam tu?


Akhir sekali nak mintak tolong korang sumbang like and comment dekat my ig post for my assignment mkt. Markah semuanya berdasarkan like and post.
 just click link below this ↓

Thank you so much yang tolong tu semoga Allah membalas jasa anda semua

@templatesyard